Blog yang memberi maklumat tentang bisnes TDTone. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk berusaha BERSAMA-SAMA dalam bisnes ini. Mari kita mengorak langkah mencipta pendapatan bulanan yang lumayan. PENGALAMAN BERKOMUNIKASI YANG MENGUNTUNGKAN.

Wednesday, May 23, 2007

TDTone - Murah ke Kadar Caj Panggilannya?

Pendapat peribadi saya mengatakan, persoalan ini tidak akan timbul jika kita benar-benar tahu objektif penyertaan kita di dalam bisnes ini. Saya menyertainya dalam usaha mendapatkan pendapatan yang lumayan dengan cara yang mudah, murah, tanpa risiko dan tanpa tekanan. Dari semua pembacaan dan pemahaman saya, TDTone mempunyai ciri-ciri yang saya sebutkan.

Bisnes TDTone memang mudah untuk dilakukan. Kita hanya perlu daftar, top up dan memperkenalkan bisnes ini kepada 5 orang ahli yang baru dan seterusnya. Memang, saya akui kebanyakan orang sudah rasa serik dan takut dengan perniagaan semacam ini. Saya juga tidak terkecuali setelah gagal dalam beberapa bisnes MLM. TETAPI apabila saya luangkan masa mencari maklumat dan memahami perjalanannya saya dapati ianya memang mudah dan saya bersyukur kerana setakat ini perkembangannya sangat berbeza dengan pengalaman lalu saya. Dengan kefahaman yang saya ada saya harap dapat saya kongsikan dengan anda melalui blog ini supaya anda juga dapat merasakan mudahnya melakukan bisnes ini.

Bisnes TDTone memang amat murah untuk diceburi. Saya rasa tidak ada yang akan merasa terbeban dengan syarat penyertaannya. TDTone mensyaratkan ahlinya top-up kredit sebanyak RM40 setiap bulan. Sekiranya anda agresif dalam mendapatkan downline saya boleh katakan bahawa modal anda hanya RM40 sahaja kerana top-up yang seterusnya akan hanya ditolak daripada komisyen bulanan anda. Jika dengan modal permulaan RM40 anda berpotensi untuk mendapatkan pendapatan RM18,660 setiap bulan atau bahkan lebih lagi, adakah masih anda merasa ia mahal?

Anda tidak menanggung sebarang risiko jika menyertai TDTone. Tidak akan ada yang merasa tertipu kerana kredit panggilan yang anda beli setiap bulan adalah sesuatu yang anda gunakan. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan anda amat memerlukannya. Jika tidak membeli dari TDTone anda pun pasti akan membelinya juga dari Telekom Malaysia, Celcom, Maxis atau Digi. Jadi, di manakah risikonya? Tak ada kan?

Bisnes ini boleh dijalankan secara santai. Anda tidak akan rasa tertekan untuk mencari downline dan mendapatkan komisyen secepat mungkin kerana produknya memang sangat kita perlukan. Lakukan dengan kehendak anda sendiri. Jika anda mahukan faedahnya cepat, buat secara agresif. Ada ramai rakan saya di grup ini yang sudah tidak perlu lagi membayar rm40 untuk top up bulan depan kerana mereka sudah layak mendapat auto-maintain biarpun kami menyertai TDTone hanya selepas 7/5/2007.

Setelah saya huraikan di atas adakah tajuk yang saya pilih masih relevan buat anda?

Secara jujurnya saya kurang membandingkan caj panggilan TDTone dengan caj-caj panggilan perkhidmatan telefon lainnya. Ini adalah kerana berbagai-bagai syarikat mempunyai pelan-pelan yang berlainan. Apa yang saya dapat simpulkan, caj TDTone kadang-kadang lebih tinggi dan kadang-kadang lebih rendah daripada caj perkhidmatan lain.

Di sini saya sertakan kadar caj panggilan TDTone ke semua destinasi di seluruh dunia. Untuk melihatnya, klik sini.

No comments: