Blog yang memberi maklumat tentang bisnes TDTone. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk berusaha BERSAMA-SAMA dalam bisnes ini. Mari kita mengorak langkah mencipta pendapatan bulanan yang lumayan. PENGALAMAN BERKOMUNIKASI YANG MENGUNTUNGKAN.

Monday, May 21, 2007

Bagaimana Menggunakan Kredit TDTone?

atau...........BAGAIMANA MEMBUAT PANGGILAN DENGAN TDTONE

Soalan ini adalah salah satu soalan yang sering diajukan oleh rakan-rakan baru saya dalam bisnes ini. Memang betul bila saya katakan rakan-rakan baru. Mereka adalah rakan yang saya kenali secara online dan komunikasi kami lebih banyak menggunakan telefon. Saya ingin mengucapkan terimakasih di atas kerjasama keras anda mengembangkan grup kita ini. Semoga anda terus beroleh kejayaan.

Berbalik kepada topik di atas tadi dan sebelum saya menulis berkenaannya, saya ingin mengajak anda mendaftarkan telefon rumah atau pejabat anda supaya kita juga dapat menggunakan kredit TDTone pada talian telefon tetap kita. Anda tidak perlu topup apa-apa lagi kerana kredit TDTone handphone anda boleh dikongsi di sini. Satu akaun TDTone anda boleh dipakai oleh satu talian mudah-alih(handphone) dan satu talian tetap sahaja.

Mari kita hantarkan arahan SMS ke server kita masing-masing untuk daftarkan talian telefon rumah atau pejabat kita.


Taip SMS - td<>regline<>L2<>mNo Rumah/Pejabat<>iMember Id

contoh

td regline L2 m0343246422 i3812775 dan hantar ke server anda.

Pastikan anda meletakkan kod kawasan semasa menaipkan no rumah/pejabat semasa membuat pendaftaran.



Cara Membuat Panggilan Daripada Talian Tetap Rumah/Pejabat


Dail nombor akses lokal yang terdekat dengan kawasan anda. Nombor-nombor akses lokal anda adalah seperti berikut.

Penang 04-2480910
Langkawi 04-9030560
Kuantan 09-5080430
Bukit Tinggi 09-2880735
Johor 07-2830285
Kuala Lumpur 03-29350620

Apabila panggilan anda dijawab, mesin suara akan terlebih dahulu memberitahu jumlah baki kredit TDTone anda. Seterusnya, pada bila-bila masa sahaja anda boleh dail nombor telefon yang mahu anda panggil dan tekan simbol #. Panggilan anda akan terus disambungkan.



Cara Membuat Panggilan Dari Talian Celcom (019,013)

Pengguna Celcom boleh memanggil nombor talian bebas tol ini untuk membuat panggilan menggunakan kredit TDTone.

1 800 11 0308

Apabila panggilan anda dijawab, mesin suara akan terlebih dahulu memberitahu jumlah baki kredit TDTone anda. Seterusnya, pada bila-bila masa sahaja anda boleh dail nombor telefon yang mahu anda panggil dan tekan simbol #. Panggilan anda akan terus disambungkan.


Cara Membuat Panggilan Dari Talian Maxis (012,017) dan Digi (016,0148)


Pengguna Maxis dan Digi boleh dail nombor ini untuk membuat panggilan.

03 71180553

Selepas anda tekan send, talian akan diputuskan. Anda tunggu sebentar dan server akan memanggil kembali. Apabila anda jawab, anda akan diberitahu jumlah baki terkini anda dan pada bila-bila masa sahaja anda boleh dail nombor yang mahu anda panggil dan tekan butang #.
Panggilan anda akan terus disambungkan.


AWAS!! Pengguna Maxis dan Digi, JANGAN GUNAKAN TALIAN BEBAS TOL untuk membuat panggilan. Sekiranya anda gunakan nombor ini, anda akan dikenakan caj berganda.



* Untuk periksa baki, dail nombor untuk membuat panggilan anda.
*Kredit/Airtime TDTone tidak boleh digunakan untuk menghantar SMS


Sekiranya anda bukan ahli dan ingin mendaftar, sila lawat laman ini.




2 comments:

sharin said...

saya dah datar, masalahnya saya guna line tetap, dapat bil tiap-tiap bulan, macam mana nak buat?

Harap bantu..

Sifu Otelo said...

Assalamualaikum Sdr. Sharin,

Bagi menjawab soalan sdr, saya rasa kita patut berbalik kepada perkara asas tentang perniagaan TDTone.

TDTone adalah satu peluang perniagaan yang produknya adalah kredit panggilan atau "airtime" TDTone. Kredit TDTone hanya boleh digunakan dengan talian telefon biasa seperti Celcom, Maxis, Digi, dan TM. Sdr MESTI kekalkan talian asal sdr untuk dapat menggunakan TDTone.

Secara mudahnya bolehlah dikatakan bahawa TDTone hanya menumpang di talian telefon sdr sekarang. Jika sdr tak bayar bil atau tak top up kredit maxis/celcom/digi, sdr juga tak boleh buat panggilan dengan TDTone.

Jika sdr dapat melihat TDTone dari sudut peluang pendapatan yang ditawarkan, saudara boleh rancang penggunaan kredit/bil telefon biasa untuk sms dan TDTone untuk buat panggilan.