Blog yang memberi maklumat tentang bisnes TDTone. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk berusaha BERSAMA-SAMA dalam bisnes ini. Mari kita mengorak langkah mencipta pendapatan bulanan yang lumayan. PENGALAMAN BERKOMUNIKASI YANG MENGUNTUNGKAN.

Monday, May 28, 2007

Kepentingan Maklumat Yang Jelas Dan Tepat.

Bagi mendapatkan kepercayaan bakal-bakal rakan bisnes kita kelak, kita perlu tahu fakta-fakta berkenaan bisnes kita dengan jelas dan tepat.



Secara lazimnya untuk mempelajari sesuatu yang baru kita punya beberapa cara melakukannya. Kita boleh baca, dengar kaset, tengok video, dengar ceramah dan bermacam cara lagi. Pada masa sekarang informasi yang berbentuk pembacaan yang paling mudah didapati. Maklumat yang saya akan kongsikan di sini hari ini tidak dapat saya cari di laman web www.otelo.com.my atau di laman-laman yang mempromosikannya. Maklumat ini boleh kita dapati secara pengalaman sendiri atau bertanya dengan pegawai-pegawai perhubungan pelanggan Otelo Telecomunications Sdn Bhd.

Nombor Telefon : (03) 20952068 - waktu berkerja

Biasanya soalan-soalan saya dijawab atau diselesaikan pada waktu itu juga. Jadi, jika anda punya persoalan nanti, anda harus ingat bahawa jawapan boleh anda dapati dengan menelefon ke nombor tadi.

Kita berbalik kepada maklumat yang saya nak kongsikan tadi. Ianya berkaitan kredit dan akaun kita dengan TDTone. Sebaiknya saya buatkan dalam bentuk soal dan jawab agar lebih mudah bagi kita.

Berapa lama tempoh kredit TDTone yang kita top up?

Kredit TDTone berlaku dalam tempoh sebulan. Jika anda sudah top up pada bila-bila masa dalam bulan Mei 2007, kredit TDTone anda berlaku sehingga 30 Jun 2007. Maknanya top up anda yang seterusnya mestilah dibuat sebelum 30 Jun 2007 untuk anda kekal menikmati faedah faedah TDTone dalam bulan Julai 2007.

Jadi, jika anda sudah top up dalam bulan Mei masih ada sebulan untuk anda nikmati pengalaman komunikasi yang menguntungkan bersama TDTone. Anda yang belum punya downline, anda masih ada masa sebulan untuk mencuba kongsikan pengalaman TDTone ini dengan pengguna telefon yang lain. Cubalah dah lihat hasilnya.

Nota: Baru-baru ini saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang rakan yang juga giat mempromosikan TDTone dalam grup ini. Beliau memarahi saya berkaitan maklumat yang tidak tepat yang saya berikan melalui telefon. Ceritanya begini, lebih kurang 2 minggu lalu rakan saya ini menelefon bertanyakan tempoh kredit TDTone seperti yang saya jelaskan di atas tadi. Pada waktu itu saya jawab "jika top-up 20/5, top-up seterusnya adalah 20/6" kerana pada waktu itu pengetahuan saya setakat itu sahaja. Semasa beliau menelefon kali kedua baru-baru ini saya jawab pula "tempohnya dikira per bulan" tanpa mengetahui bahawa top-up kita bulan ini boleh digunakan sehingga hujung bulan depan. Tak pasal-pasal saya dimarahi. Namun saya akui itu kesilapan saya, memberikan maklumat yang tidak tepat dan jelas. Saya mohon maaf kepada pemanggil pada waktu itu dan di sini sekali lagi maafkan saya. Saya sedang berusaha menyediakan yang terbaik untuk anda dan juga untuk saya sendiri.

Saturday, May 26, 2007

TDTone Business Preview


BERITA BAIK UNTUK MEMBER DI JOHOR

Otelo Telecomunications Sdn Bhd Akan Mengadakan Business Preview Atau Sesi Penerangan di

Dewan Langkasuka 1,
Hotel Seri Malaysia,
Lot PTB 17648 Jalan Langkasuka,
Larkin, Johor Baharu,
Johor

Pada

31 Mei 2007

Jam

7.30 Malam

Anda yang masih belum jelas dan masih punya apa-apa keraguan tentang Bisnes TDTone, sila temui wakil-wakil syarikat di sana dan dapatkan penjelasan terus dari mereka.



Friday, May 25, 2007

Pengumuman Admin Otelo Smart2u Group

Kepada tuan/puan, semua ahli TDtone khususnya OSG group.

Maklumat terbaru dari syarikat.
Sukacita dimaklumkan pihak syarikat Otelo akan membuka dan merasmikan cawangan baru di Pulau Pinang pada hari Sabtu ini (26 Mei 2007, jam 8.30malam).

Tuan/puan semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut dan juga ada pembentangan cara mudah untuk berjaya dalam Otelo.

Datanglah bersama rakan-rakan anda, dan buat yang berada di luar Pulau Pinang yang tidak dapat hadir, anda dialu-alukan menyebarkan berita untuk kenalan anda di sekitar utara untuk hadir.

Sila hadir ke:
Otelo Cawangan Penang
303-5-16 Krystal Point
Jalan Sultan Azlan Shah
11900 Penang

Tel: 04-6420069

Tarikh / Masa: Sabtu 26 Mei 2007 / Pukul 8:30pm

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi: En. Mohsin 017-5898396, En. Shahir 017-4601066.

Terima kasih.

Thursday, May 24, 2007

Hebahan 1

Jika ANDA belum menjadi ahli TDTone dan berminat menyertai kami,

taip sms : td reg (no handphone anda) dan hantar ke

0196666377

Saya akan daftarkan ANDA secara percuma.

dan

Selepas itu ANDA hanya perlu top-up, guna kredit dan promosi
kepada 5 hingga 8 orang kawan. Mudah lakukan bisnes ini jika
ANDA benar-benar faham cara melakukkannya.

ANDA boleh beli MOL e-point di premis berikut



Laman Promosi 1

Laman Promosi 2

Wednesday, May 23, 2007

Peringatan Dari TDTone

Saya baru sahaja menerima satu sms peringatan daripada server TDTone. SMS nya berbunyi begini.

"TDTone Reminder: Bonus deadline is only few days away. Ur following downlines hve not top up for this month. Plz remind them : 019xxxxxxx and 016xxxxxxx. Ur top contributes to ur upline & ur downline top ups contribute to u!"

Maknanya..

Peringatan dari TDTone : Pengiraan bonus akan dibuat beberapa hari lagi. Downline anda yang tersebut di bawah masih belum top up. Sila ingatkan mereka : 019xxxxxxx dan 016xxxxxxx. Top up anda membayar upline anda & top up downline anda membayar komisyen anda.

sekadar berkongsi maklumat..

TDTone - Murah ke Kadar Caj Panggilannya?

Pendapat peribadi saya mengatakan, persoalan ini tidak akan timbul jika kita benar-benar tahu objektif penyertaan kita di dalam bisnes ini. Saya menyertainya dalam usaha mendapatkan pendapatan yang lumayan dengan cara yang mudah, murah, tanpa risiko dan tanpa tekanan. Dari semua pembacaan dan pemahaman saya, TDTone mempunyai ciri-ciri yang saya sebutkan.

Bisnes TDTone memang mudah untuk dilakukan. Kita hanya perlu daftar, top up dan memperkenalkan bisnes ini kepada 5 orang ahli yang baru dan seterusnya. Memang, saya akui kebanyakan orang sudah rasa serik dan takut dengan perniagaan semacam ini. Saya juga tidak terkecuali setelah gagal dalam beberapa bisnes MLM. TETAPI apabila saya luangkan masa mencari maklumat dan memahami perjalanannya saya dapati ianya memang mudah dan saya bersyukur kerana setakat ini perkembangannya sangat berbeza dengan pengalaman lalu saya. Dengan kefahaman yang saya ada saya harap dapat saya kongsikan dengan anda melalui blog ini supaya anda juga dapat merasakan mudahnya melakukan bisnes ini.

Bisnes TDTone memang amat murah untuk diceburi. Saya rasa tidak ada yang akan merasa terbeban dengan syarat penyertaannya. TDTone mensyaratkan ahlinya top-up kredit sebanyak RM40 setiap bulan. Sekiranya anda agresif dalam mendapatkan downline saya boleh katakan bahawa modal anda hanya RM40 sahaja kerana top-up yang seterusnya akan hanya ditolak daripada komisyen bulanan anda. Jika dengan modal permulaan RM40 anda berpotensi untuk mendapatkan pendapatan RM18,660 setiap bulan atau bahkan lebih lagi, adakah masih anda merasa ia mahal?

Anda tidak menanggung sebarang risiko jika menyertai TDTone. Tidak akan ada yang merasa tertipu kerana kredit panggilan yang anda beli setiap bulan adalah sesuatu yang anda gunakan. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan anda amat memerlukannya. Jika tidak membeli dari TDTone anda pun pasti akan membelinya juga dari Telekom Malaysia, Celcom, Maxis atau Digi. Jadi, di manakah risikonya? Tak ada kan?

Bisnes ini boleh dijalankan secara santai. Anda tidak akan rasa tertekan untuk mencari downline dan mendapatkan komisyen secepat mungkin kerana produknya memang sangat kita perlukan. Lakukan dengan kehendak anda sendiri. Jika anda mahukan faedahnya cepat, buat secara agresif. Ada ramai rakan saya di grup ini yang sudah tidak perlu lagi membayar rm40 untuk top up bulan depan kerana mereka sudah layak mendapat auto-maintain biarpun kami menyertai TDTone hanya selepas 7/5/2007.

Setelah saya huraikan di atas adakah tajuk yang saya pilih masih relevan buat anda?

Secara jujurnya saya kurang membandingkan caj panggilan TDTone dengan caj-caj panggilan perkhidmatan telefon lainnya. Ini adalah kerana berbagai-bagai syarikat mempunyai pelan-pelan yang berlainan. Apa yang saya dapat simpulkan, caj TDTone kadang-kadang lebih tinggi dan kadang-kadang lebih rendah daripada caj perkhidmatan lain.

Di sini saya sertakan kadar caj panggilan TDTone ke semua destinasi di seluruh dunia. Untuk melihatnya, klik sini.

Tuesday, May 22, 2007

Komisyen - Apa Yang Perlu Anda Tahu?


Komisyen akan dikira pada hari terakhir setiap bulan. Komisyen anda akan di deposit kan ke dalam akaun bank yang telah anda daftarkan melalui sms pada 15haribulan bulan berikutnya. Sila maklum bahawa komisyen akan hanya di deposit kan ke dalam akaun anda apabila ia telah mencecah RM100.00 kerana pihak bank juga mengambil komisyen RM5.00 setiap transaksi.

Komisyen dikira berdasarkan bilangan downline yang top up yang anda ada pada setiap bulan. Jika anda ada 4 downline di level 1, anda layak mendapat komisyen 4 level ke bawah. Demikian juga jika anda ada 8 downline di level 1, anda layak mendapat komisyen sehingga 8 level ke bawah.

Komisyen akan hanya dibayar kepada ahli yang top-up sahaja. Jika pada sesuatu bulan anda tidak top-up (andaian anda masih baru dan belum menerima komisyen yang mencukupi untuk membolehkan auto maintain daripada sistem) anda tidak akan dibayar komisyen dan downline anda akan mengambil tempat anda.

Level 1 – 5% (Anda layak terima 5% daripada jumlah top up pada level ini)
Level 2 – 5% (Anda layak terima 5% daripada jumlah top up pada level inil)
Level 3 – 12% (Anda layak terima 12% daripada jumlah top up pada level ini)
Level 4 – 12% (Anda layak terima 12% daripada jumlah top up pada level ini)
Level 5 – 12% (Anda layak terima 12% daripada jumlah top up pada level ini)
Level 6 – 2% (Anda layak terima 2% daripada jumlah top up pada level ini)
Level 7 - 1% (Anda layak terima 1% daripada jumlah top up pada level ini)
Level 8 – 1% (Anda layak terima 1% daripada jumlah top up pada level ini)

Secara umumnya, 50% daripada jumlah top up yang dilakukan oleh semua downline anda akan dibayar kepada anda.

Jika anda ada downline yang top up dalam bulan ini, hujung bulan nanti ada lah komisyennya. Jumlahnya mungkin tidak banyak kerana kita semua baru bermula di sini. Mari kita tambah dan terus tambahkan komisyen kita setiap bulan bersama-sama.

sekadar mengingatkan...

jika belum sms data peribadi, elok juga kalau anda buat sekarang.

kalau dah lama tak jenguk laporan akaun dan downline, klik la sini.

Monday, May 21, 2007

Saya Kehilangan Downline

Pagi ini saya terkejut kerana hampir 50 orang downline telah hilang daripada senarai downline saya. Apabila saya periksa, saya dapati mereka yang mendaftar pada 13/5/07 dan sebelumnya yang belum lagi berkesempatan untuk top-up telah digugurkan keahlian TDTone nya.

Ahli yang telah digugurkan akan terpaksa mendaftar semula sekiranya masih berminat untuk menyertai kami lagi.

Namun demikian, kehilangan 50 orang itu telah mula digantikan dengan ahli-ahli yang baru yang mana kami mengharapkan anda top-up dalam masa seminggu anda mendaftar.

Kepada yang baru mendaftar, SELAMAT BEKERJASAMA dengan kami dan kepada rakan-rakan yang gigih mempromosi bisnes ini, saya berharap anda sukses sentiasa.

Esok giliran mereka yang mendaftar pada 14/5/07 untuk digugurkan. Sekiranya anda salah seorang darinya, jika sudi untuk terus bersama kami, sila top-up kredit TDTone anda.

Salam Hormat.

Bagaimana Menggunakan Kredit TDTone?

atau...........BAGAIMANA MEMBUAT PANGGILAN DENGAN TDTONE

Soalan ini adalah salah satu soalan yang sering diajukan oleh rakan-rakan baru saya dalam bisnes ini. Memang betul bila saya katakan rakan-rakan baru. Mereka adalah rakan yang saya kenali secara online dan komunikasi kami lebih banyak menggunakan telefon. Saya ingin mengucapkan terimakasih di atas kerjasama keras anda mengembangkan grup kita ini. Semoga anda terus beroleh kejayaan.

Berbalik kepada topik di atas tadi dan sebelum saya menulis berkenaannya, saya ingin mengajak anda mendaftarkan telefon rumah atau pejabat anda supaya kita juga dapat menggunakan kredit TDTone pada talian telefon tetap kita. Anda tidak perlu topup apa-apa lagi kerana kredit TDTone handphone anda boleh dikongsi di sini. Satu akaun TDTone anda boleh dipakai oleh satu talian mudah-alih(handphone) dan satu talian tetap sahaja.

Mari kita hantarkan arahan SMS ke server kita masing-masing untuk daftarkan talian telefon rumah atau pejabat kita.


Taip SMS - td<>regline<>L2<>mNo Rumah/Pejabat<>iMember Id

contoh

td regline L2 m0343246422 i3812775 dan hantar ke server anda.

Pastikan anda meletakkan kod kawasan semasa menaipkan no rumah/pejabat semasa membuat pendaftaran.



Cara Membuat Panggilan Daripada Talian Tetap Rumah/Pejabat


Dail nombor akses lokal yang terdekat dengan kawasan anda. Nombor-nombor akses lokal anda adalah seperti berikut.

Penang 04-2480910
Langkawi 04-9030560
Kuantan 09-5080430
Bukit Tinggi 09-2880735
Johor 07-2830285
Kuala Lumpur 03-29350620

Apabila panggilan anda dijawab, mesin suara akan terlebih dahulu memberitahu jumlah baki kredit TDTone anda. Seterusnya, pada bila-bila masa sahaja anda boleh dail nombor telefon yang mahu anda panggil dan tekan simbol #. Panggilan anda akan terus disambungkan.



Cara Membuat Panggilan Dari Talian Celcom (019,013)

Pengguna Celcom boleh memanggil nombor talian bebas tol ini untuk membuat panggilan menggunakan kredit TDTone.

1 800 11 0308

Apabila panggilan anda dijawab, mesin suara akan terlebih dahulu memberitahu jumlah baki kredit TDTone anda. Seterusnya, pada bila-bila masa sahaja anda boleh dail nombor telefon yang mahu anda panggil dan tekan simbol #. Panggilan anda akan terus disambungkan.


Cara Membuat Panggilan Dari Talian Maxis (012,017) dan Digi (016,0148)


Pengguna Maxis dan Digi boleh dail nombor ini untuk membuat panggilan.

03 71180553

Selepas anda tekan send, talian akan diputuskan. Anda tunggu sebentar dan server akan memanggil kembali. Apabila anda jawab, anda akan diberitahu jumlah baki terkini anda dan pada bila-bila masa sahaja anda boleh dail nombor yang mahu anda panggil dan tekan butang #.
Panggilan anda akan terus disambungkan.


AWAS!! Pengguna Maxis dan Digi, JANGAN GUNAKAN TALIAN BEBAS TOL untuk membuat panggilan. Sekiranya anda gunakan nombor ini, anda akan dikenakan caj berganda.



* Untuk periksa baki, dail nombor untuk membuat panggilan anda.
*Kredit/Airtime TDTone tidak boleh digunakan untuk menghantar SMS


Sekiranya anda bukan ahli dan ingin mendaftar, sila lawat laman ini.




Friday, May 18, 2007

Bagaimana Menjalankan Bisnes Otelo Telecom/TDTone Online?

Tajuk ini sangat penting dan setiap ahli TDTone Online MESTI memahaminya dengan jelas kerana apabila kita arif dengan perjalanan bisnes kita, urusan seharian menjadi sangat mudah. Apabila urusan menjadi mudah kita dapat menjalankannya dengan santai di mana saja kita berada hanya dengan handphone kita. Bila ada keseronokan, keindahan dan kebahagiaan saya pasti motivasi pun turut meninggi.

Bisnes TDTone Online BOLEH dilakukan 100% menggunakan handphone anda sahaja. Anda tidak perlu komputer untuk menjalankan bisnes ini. Jika anda mempunyai komputer dan ada akses internet ia hanya merupakan sebuah peralatan tambahan bagi melihat data-data organisasi dan akaun anda. Kepada yang tiada dan tidak tahu menggunakan komputer, cari seorang yang tahu kerana sekali sekala elok juga melihat perkembangan bisnes kita di internet.

(sekiranya anda seorang yang mempunyai downline di TDTone Online, saya rasa elok sangat sekiranya anda print dan berikan artikel ini kepada mereka)

Proses Menjalankan Bisnes TDTone Online.

1. Pendaftaran Keahlian - upline anda atau anda sendiri boleh mendaftarkan keahlian anda.

Terdapat beberapa cara untuk mendaftar.

Daftar kosong - anda mendaftar/atau didaftarkan tanpa topup. Cara ini anda daftar percuma dan anda ada waktu seminggu untuk topup. Sekiranya dalam tempoh itu anda gagal topup, keahlian anda dengan TDTone akan digugurkan secara otomatik. Jika anda dah ada downline, anda akan kehilangan mereka. Cara mendaftar adalah seperti berikut.

Taipkan sms seperti ini.

td<>reg<>d(no tel downline)

contoh

td reg d0121234567 dan hantar ke server.

Cara pendaftaran di atas hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang sudah menjadi ahli TDTone. Cara ini lah yang digunakan oleh upline anda semasa dia mendaftarkan anda. Jika nanti anda nak daftarkan ahli baru sebagai downline anda ini lah caranya.

atau

Anda sendiri daftarkan diri anda dengan handphone anda secara begini.

td<>reg<>u(no tel upline)<>d(no tel downline)

contoh

td reg u0127777777 d0161234567
dan hantar ke server.

Anda juga boleh mendaftarkan downline level 2 di bawah downline level 1 anda menggunakan format yang di atas.


Peringatan : Hasil kerja anda sebelum dihantar ke server mestilah seperti yang berwarna merah pada contoh di atas.

Peringatan: Jika handphone yang digunakan untuk menghantar sms di atas adalah :
  • Celcom (019,013) - hantar sms anda ke server 0133822951
  • Maxis (012,017) - hantar sms anda ke server 0123222951
  • Digi (016,014) - hantar sms anda ke server 0163322951
Segala urusan sms anda dengan TDTone akan tetap kekal menggunakan nombor ini.


Daftar Terus Top-up - Dengan cara ini anda daftar dengan menyertakan sekali butiran pin dan nombor siri slip MOL e-point yang telah anda beli sebelumnya. Cara ini mengurangkan kerja kita tetapi saya cadangkan pada waktu permulaan ini gunakan cara pendaftaran kosong dahulu.

Setelah sms pendaftaran ke server upline dan downline akan menerima sms balasan. SMS ini akan memberitahu samada arahan pendaftaran yang anda hantarkan berjaya atau tidak.

Sekiranya sms pendaftaran atau arahan-arahan lain tidak dibalas oleh server, anda perlu periksa sms yang telah anda hantar. Biasanya terdapat kesilapan ejaan atau format.


2. Login atau Masuk ke Dalam Akaun TDTone anda - Selepas anda mendaftar anda telah menerima sms balasan yang mengandungi member ID dan secret code(password) anda.
Lawat website ini http://218.189.19.29/tdtone , masukkan ID dan secret code anda dan periksa akaun TDTone anda. (langkah ini boleh ditangguhkan sehingga anda punya kesempatan berbuat demikian).

3. Top up TDTone kredit (menggunakan MOL e-point) ke dalam handphone anda.

Ada dua cara melakukannya.

Cara 1 - Beli MOL e-point di 7eleven, stesyen Petronas atau mana-mana kiosk MOL e-point.
Hantar SMS arahan seperti di bawah ke server anda.

td<>top<>m(no.tel anda)<>p(MOLePoint-Pin)<>s(MOLePoint S/N)

contoh

td top m0121234567 pAAABBBCCC123 s666634567 hantar ke server

Cara 2 - Beli MOL e-point secara online daripada stokis. Apabila bayaran anda sudah disahkan, stokis akan top up kredit anda terus dari handphone nya.

Sekiranya top up berjaya, anda akan menerima SMS pengesahan daripada server.


4. SMS butiran peribadi anda ke server.

Caranya

td<>regd<>n"Nama ikut IC"<>zIC No<>bNamaBank
<>tNo Akaun Bank<>a"Alamat"<>cKod Rahsia<>iID TDTone Anda

contoh

td regd n"Ali bin Baba" z760830016657 bMBB t172282728998 a"34, Jalan Batu, Georgetown 10470 Penang" c975423 i3800149 hantar ke server

Sekiranya tiada apa-apa kesalahan, server akan memaklumkan bahawa arahan anda telah berjaya dilakukan.

Langkah ini MESTI anda lakukan kerana jika anda gagal, TDTone tidak akan dapat membayar bonus anda.

Kebanyakan rakan-rakan masih gagal melakukan langkah ini. Sesiapa yang belum melakukannya saya harap dapat berbuat demikian secepat yang mungkin. Mudah sikit untuk upline berhubung dengan anda.

Setelah anda lakukan semua langkah di atas, kerja anda seterusnya adalah mempromosikan peluang perniagaan TDTone ini kepada pengguna-pengguna handphone lain.

Terdapat beberapa lagi arahan-arahan SMS yang perlu anda tahu. Arahan-arahan ini akan saya bincangkan kemudian.









Thursday, May 17, 2007

Bukti Bayaran Bonus Ahli

Sebelum saya teruskan laporan tentang bagaimana menjalankan bisnes Otelo ini seperti yang saya janjikan di dalam posting yang terdahulu, saya ingin mengulas dahulu tentang tajuk yang saya letakkan di atas.

Saya menerima satu balasan kepada satu posting saya berkenaan bisnes Otelo di salah sebuah forum perbincangan perniagaan internet.

begini bunyinya balasan itu..

"Untuk menarik minat penyertaaan kena ada proof payment. Baru orang percaya. Sekarang ini banyak website yg nampak betul tapi menyamar.
RM 40 untuk kita guna macam panggilan biasa guna sms dan panggilan ke? Saya tidak pernah dengar MolePoint. Bila tempoh expire dan bila habis Rm 40, kena tambah lagi ke? Wassalam."

Ini adalah sebuah persoalan yang penting untuk didahulukan jawapannya kerana ia boleh memberi sumbangan yang lebih besar dalam menaikkan kredibiliti syarikat. Sekiranya terdapat bukti yang boleh dilihat, lebih besar kepercayaan bakal-bakal pengguna dan ahli.

Program ini diperkenalkan dan diuruskan oleh Otelo Communication Sdn Bhd. Syarikat ini adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan"discounted calls services, broadband IP calls services, IDD calling cards". Syarikat telah beroperasi semenjak 1997.

OTELO TELECOMMUNICAT IONS SDN. BHD.(430491-u)
Lot 5-7, Level 6, Block C (South),
Pusat Bandar Damansara,
Bukit Damansara, 50490
Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : +603 2095 6828
Fax : +603 2713 6839
www.otelo.com.my

Bermula 12 Disember 2006, Otelo telah memperkenalkan satu produk yang dipanggil TDTone Online dengan sistem pemasaran matrix. Produknya berupa TDTone pre-paid kredit di mana setelah kita top-up, kita bebas membuat panggilan dalam dan luar negeri.

Program ini membayar kepada ahli-ahlinya secara bank-in terus ke dalam akaun bank ahli setiap bulan.

Lihat senarai bank pilihan.


Bukti bayaran bonus kepada ahli tidak dapat saya cut & paste kan di sini kerana saya tiada kebenaran untuk berbuat demikian. TETAPI, anda akan dapat melihatnya jika anda klik di SINI. Skrol sampai bawah sekali dan klik perkataan Click Sini.

Lihat juga posting forum yang saya maksudkan di atas di SINI

Wednesday, May 16, 2007

Ramai Minat Tapi Masih Kurang Jelas

Marilah Sama-Sama Kita Jelaskan.

Sejak saya daftar bisnes Otelo Telecom atau TDTone Online ni pada 7 Mei 2007, saya menghadapi banyak persoalan dari rakan-rakan baru saya. Soalan- soalan yang saya terima adalah soalan yang biasanya dapat dijawab sekiranya kita teliti membaca semua arahan dan informasi yang terdapat dalam laman laman promosi Otelo seperti di laman ini atau laman ini.

Kadang-kadang perasaan teruja untuk melakukan tindakan pantas demi merebut peluang menjadi yang teratas dalam peluang perniagaan yang baru mengalpakan kita. Kenapa? Mungkin ini pertanyaan anda. Kita leka memikirkan mencari prospek hingga kita abaikan tugas paling PENTING kita. - Mengenali Perniagaan Kita.

Apakah Perniagaan Kita di Otelo?

Perniagaan kita adalah perniagaan top up kredit TDTone/Otelo dengan menggunakan MOL epoint. Apa yang perlu anda fahamkan adalah, TDtone adalah kredit untuk buat panggilan telefon yang ditumpangkan di talian sedia ada handphone kita. Contohnya, saya menggunakan handphone talian (bil) Celcom dan saya daftar menjadi ahli Otelo. Apabila saya top up kredit TDTone RM40 ke handphone Celcom saya, saya mempunyai dua pilihan untuk membuat panggilan.

1. Buat Panggilan seperti Biasa - terus dail nombor yang saya nak panggil - bil ke Celcom.

2. Panggil lokal access/miss call/No bebas tol TDTone - dail no yang nak panggil dan tekan simbol # - panggilan ini akan tolak kredit TDTone saya.

Dengan hanya menggunakan airtime/kredit TDTone anda berpeluang menjana pendapatan yang anda sendiri boleh tentukan jumlahnya. Terpulang kepada usaha anda, tiada usaha tiada pulangannya.

Macamana Nak Buat Pendapatan.

Secara percakapan biasa kita, kita buat kita guna produknya dan kita kongsi pengalaman dengan 5 orang kawan kita dan seterusnya..dan seterusnya..

Level Anda

%Komisen Jualan

Jumlah Pendapatan

1
5%
RM 10.00
2
5%
RM 50.00
3
12%
RM 600.00
4
12%
RM 3000.00
5
12%
RM 15000.00

Jumlah

RM 18660.00


Ilustrasi di atas menunjukkan jumlah pendapatan anda setiap bulan dengan hanya menaja seramai 5 orang yang menaja 5 orang lagi setiap orang dan seterusnya. Dengan hanya 3905 orang membeli TDTone topup setiap bulan pendapatan anda akan tetap sebanyak RM18,660 setiap bulan dan stabil.

Bagaimana Pendapatan Jadi Tetap Setiap Bulan?

Setiap ahli perlu maintain RM40 setiap bulan untuk kekal menikmati faedah perniagaan Otelo Telecom. Komisyen setiap pembelian ahli setiap bulanlah yang akan dibayar kepada anda sebagai bonus. Jika hanya 50% daripada 3905 yang maintain, pendapatan anda adalah lebih kurang rm9000 sebulan.

Berat Ke Maintain RM40 Setiap Bulan?

Jawapan saya, tidak sama sekali. Alasannya..
  1. RM40 yang kita keluarkan membolehkan kita menjana pendapatan tetap RM18660 setiap bulan. Berapa ribu persen agak-agaknya keuntungan kita.
  2. RM40 itu menjadi kredit yang kita gunakan untuk keperluan komunikasi seharian kita. Kita tak rugi apa-apa jika tak dapat taja orang.
  3. Jika bulan pertama bonus kita sudah melebihi RM40, kita tak perlu modal lagi. Sistem akan secara otomatik maintain untuk kita.
Saya Tak Pandai Menaja, Macamana Nak Berjaya?

Berusahalah untuk menaja. Targetkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya seorang seminggu. Lambat laun network kita akan berkembang juga. Tak perlu tergopoh-gapah mencari tajaan sehingga kawan-kawan dan saudara-mara lari bila melihat kelibat kita. Sekiranya upline anda pandai menaja, anda mungkin bertuah mendapat downline percuma seperti apa yang kebanyakan kawan-kawan saya dapat.

Segala maklumat yang saya tuliskan di sini adalah hasil ilham daripada pertanyaan kebanyakan rakan-rakan saya di sini semenjak seminggu saya menjalankan bisnes ini. Pada pendapat saya bisnes ini sangat mudah untuk dijalankan, murah, berpotensi tinggi dan yang pentingnya mampu untuk kita lakukan.


Ikuti laporan seterusnya- Bagaimana Menjalankan Bisnes Otelo Telecom/TDTone Online di dalam posting yang seterusnya.