Blog yang memberi maklumat tentang bisnes TDTone. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk berusaha BERSAMA-SAMA dalam bisnes ini. Mari kita mengorak langkah mencipta pendapatan bulanan yang lumayan. PENGALAMAN BERKOMUNIKASI YANG MENGUNTUNGKAN.

Friday, June 1, 2007

Bulan Baru Pengalaman Baru

Salam kepada semua,

Hari ini masuk bulan yang baru bagi saya dan rakan-rakan di sini dengan TDTone dan dengan berlalunya Mei bermulalah lembaran baru dalam akaun kami di sini. Akaun bulan Mei sudah di tutup dan pengiraan sedang dilakukan oleh pihak syarikat. Menurut kata pihak syarikat dan juga upline saya, laporan bonus akan dapat dilihat atau diminta melalui sms selepas 10hb Jun 07. Komisyen anda, setelah ditolak RM40 (auto-maintain) dan caj sms yang anda terima dari TDTone, jika lebih daripada RM100 akan dimasukkan ke dalam akaun anda. Jika kurang dari RM100, komisyen anda akan dicampurkan dengan komisyen bulan Jun anda nanti.

Sementara itu, sekiranya anda berkesempatan melihat akaun TDTone anda di sini, anda akan dapat melihat telah berlaku perubahan dalam laporan downline anda. Jika sebelum ini anda pernah melihat RM40 dipamerkan dihujung senarai downline anda yang sudah top up sekarang tidak lagi. Akaun Bulan Jun sudah bermula RM40 akan muncul sekiranya downline anda top up mulai sekarang hingga 30 Jun 2007.


Jika anda ingin melihat komisyen yang lebih banyak dan lebih cepat, cerita-ceritakanlah faedah dan peluang TDTone kepada pengguna-pengguna handphone yang lain. Sasarkan target kepada kenalan yang anda tahu banyak menggunakan telefon sekarang ini. Contohnya, orang2 yang sedang bercinta, orang berniaga atau sesiapa saja yang bil telefonnya melebihi RM40 sebulan. Saya percaya mereka ini tidak akan rasa terbeban untuk top-up setiap bulan.

Orang yang tidak tahu tidak akan berminat dengan apa yang anda tawarkan, kerja anda akan jadi lebih senang jika anda berjaya menarik minat prospek anda terhadap TDTone.

No comments: