Setelah sebulan menanti, akhirnya pada 6/6/07 TDTone telah memaparkan laporan komisyen/bonus yang layak saya terima bagi bulan Mei 2007. Laporan ini juga merupakan laporan bonus PERTAMA saya dengan TDTone. Laporan ini sepatutnya akan hanya dikeluarkan esok 10/6/07 tetapi ianya telah dipaparkan di dalam akaun TDTone kita sejak 3 hari yang lalu. Saya percaya semua ahli yang layak menerima bonus boleh melihat laporan bonus masing-masing
di sini.
Saya huraikan laporan bonus saya di sini bukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk. Saya hanya ingin memberi penerangan dengan lebih terperinci supaya ANDA lebih jelas dengan pengiraannya dan yang penting sekali untuk membuktikan bahawa dengan keinginan dan usaha, bisnes ini dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Saya mempunyai 2 akaun dengan TDTone. Akaun utama saya menghasilkan sebanyak RM516.80 dan akaun ke 2 saya pula telah menghasilkan sebanyak RM124.00. Jadi jumlah keseluruhan bonus PERTAMA saya adalah RM640.80. BONUS INI TIDAK MUNGKIN SAYA TERIMA TANPA KERJASAMA DARIPADA SEMUA RAKAN-RAKAN DI DALAM RANGKAIAN SAYA KERANA BISNES INI BERGANTUNG SEPENUHNYA DENGAN USAHA YANG BERSEPADU DIKALANGAN SEMUA AHLI.
Di dalam akaun pertama ini, terdapat seramai 154 orang ahli telah top up di dalam bulan Mei 07. Jumlah komisyen daripada 154 top up ini ialah RM516.80.
Laporan di bawah ini pula adalah untuk akaun ke 2 saya. Jumlah ahli yang telah top up di dalam bulan Mei 07 adalah seramai 46 orang. 46 top up ini telah menghasilkan komisyen sebanyak RM124.00.
Di bawah ini, adalah laporan terperinci bagaimana RM124.00 terhasil dengan hanya 46 top up.
8 downline level 1 telah top up. Komisyen untuk setiap top up ialah RM2. Jumlah komisyen yang diterima adalah RM16 7 downline level 2 telah top up. Komisyen untuk setiap top up ialah RM2. Jumlah komisyen yang diterima adalah RM14
4 downline level 3 telah top up. Komisyen untuk setiap top up ialah RM4.80. Jumlah komisyen yang diterima adalah RM19.20
7 downline level 4 telah top up. Komisyen untuk setiap top up ialah RM4.80. Jumlah komisyen yang diterima adalah RM33.60 7 downline level 5 telah top up. Komisyen untuk setiap top up ialah RM4.80. Jumlah komisyen yang diterima adalah RM33.60 6 downline level 6 telah top up. Komisyen untuk setiap top up ialah RM0.80. Jumlah komisyen yang diterima adalah RM4.80 3 downline level 7 telah top up. Komisyen untuk setiap top up ialah RM0.40. Jumlah komisyen yang diterima adalah RM1.20 4 downline level 8 telah top up. Komisyen untuk setiap top up ialah RM0.40. Jumlah komisyen yang diterima adalah RM1.60 TDTone membayar komisyen kepada ANDA hanya berdasarkan jumlah top up yang terdapat di dalam rangkaian ANDA dari level 1 hingga level 8 dalam sesuatu bulan. ANDA tidak perlu tunggu pairing/pasang-pasangan, ANDA tidak perlu kumpul PV atau BV dan ANDA juga tidak perlu mencapai apa-apa pangkat untuk menerima komisyen.
Terpulang kepada ANDA merancangkan berapakah pendapatan TDTone ANDA untuk bulan Jun ini nanti. Lebih banyak anda promosi, pasti hasilnya lebih baik. Saya akan sentiasa berusaha membantu apa yang terdaya kerana kejayaan ANDA adalah juga kejayaan saya.
custom website design